Unit Perumahan dan Penginapan Universiti (UPPU) ditubuhkan selepas penggabungan desasiswa di Kampus Induk iaitu pada 1 Oktober 1998. UPPU diletakkan di bawah Sektor Perkhidmatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) pada Jun 2009 apabila proses transformasi BHEPP bermula. UPPU terdapat di setiap kampus USM iaitu berpusat di Kampus Induk dan mempunyai cawangan di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan
Laman ini masih lagi dalam penambahbaikan dan pembinaan secara berperingkat. Laman ini juga masih lagi mempunyai kekurangan dan kelemahan, Oleh itu sebarang cadangan atau laporan sila hubungi kami harap maklum. -web admin-
MAKLUMAN TERKINI TENTANG TARIKH DAN MASA PENDAFTARAN DIRI PELAJAR BARU SIDANG AKADEMIK 2011-2012 Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran diri bagi pelajar-pelajar baru Sidang Akademik 2011-2012 di Kampus Induk USM, Pulau Pinang, adalah dimaklumkan bahawa sesi lapor diri pelajar pada hari Selasa,...